Kieran Tierney bergelut untuk fokus di Celtic susulan spekulasi perpindahannya ke Arsenal, kata pengendali, Neil Lennon.
Celtic menolak dua bidaan sekitar GBP25 juta (RM127 juta) dan walaupun Lennon mendedahkan perbincangan belum diteruskan, dengan dia menjangkakan spekulasi itu akan berlarutan sehingga tamat jendela perpindahan.
Tierney tidak meminta untuk meninggalkan kelab tetapi Lennon sedar sukar untuk pemain berusia 22 tahun itu kekal fokus.
"Ia seperti seminggu lalu," ujar pengurus itu.
"Dua bidaan telah datang dan ditolak. Itu yang kami lakukan.
"Adakah saya yakin dia akan kekal bersama Celtic? Anda tidak boleh menolak kemungkinan.
"Ia akan berlarutan. Jika ada minat terhadapnya, kelab lain hadir dan begitu juga Arsenal. Saya tidak boleh jangkakannya.
"Ketika ini, dia bekerja keras tetapi sukar untuk fokus kerana dia manusia biasa. Namun, kami menyokongnya."
Celtic telah membawa masuk bek kiri baru, Bolingoli-Mbombo daripada Rapid Vienna dan Lennon menegaskan juara Scotland itu mempunyai perancangan sekiranya Tierney berhijrah.
"Jelas kami mengusahakannya jika situasi tidak diingini berlaku," tambah Lennon.