Skip to main content

Bola Sepak

Tidak perlu herdik Griezmann -- Valverde

antoine-griezmann.jpg
Pengendali Barcelona, Ernesto Valverde, menasihati penyokong supaya tidak mengherdik penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, dalam pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi LaLiga, malam ini.

Griezmann, yang kuat dikaitkan dengan penhijrahan menyertai Barcelona tahun lalu tetapi mengambil keputusan untuk kekal bersama Atletico, membincangkan mengenai masa depannya menerusi satu rancangan televisyen yang diterbitkan oleh syarikat Gerard Pique.

Walaupun terdapat khabar angin yang mencadangkan Griezmann bakal berhijrah ke Nou Camp pada penghujung musim ini, pemain kebangsaan Perancis itu sudah "muak" dengan spekulasi itu.

Presiden Atletico, Enrique Cerezo, turut memberitahu El Rondo (Rancangan tv Sepanyol): "Saya pasti 1,000 peratus dia akan kekal sebagai pemain Atletico Madrid musim depan."

Griezmann bakal berdepan ribuan penyokong yang dingin ketika Atletico berdepan Barca malam ini, dengan skuad kendalian Diego Simeone itu meletakkan sasaran untuk memberikan tekanan kepada pendahulu liga itu.

Bagaimanapun, Valverde berharap penyokong yang hadir tidak terlalu memberi tumpuan kepada Griezmann, sebaliknya memberikan sokongan kepada pasukan untuk mencari kelebihan 11 mata di puncak liga.

"Tumpu kepada kami, bukan pemain lawan," kata Valverde. "Saya tidak gembar bertandang ke stadium lawan dan diherdik, ia seperti penyokong lebih mengutamakan lawan berbanding pasukan sendiri.

"Setiap pemain bebas memutuskan masa depan mereka, sama seperti kelab yang membuat keputusan untuk mengekalkan pemain.

"Saya seorang jurulatih yang mengutamakan pasukan sendiri. Saya tidak gemar untuk bercakap mengenai pemain pasukan lain."

Alvaro Morata berkemungkinan terlepas perlawanan berdepan Barcelona selepas mengalami kecederaan buku lali tetapi Valverde mengesahkan Barcelona berminat untuk mendapatkan tandatangan pemain itu Januari lalu.

Morata membuat pilihan bersama Atletico dan telah meledak empat gol dalam lapan penampilan LaLiga manakala Barca mengambil khidmat Kevin-Prince Boateng dari kelab Serie A, Sassuolo, secara pinjaman.

Advertisement

Must Watch Video