Skip to main content

Bola Sepak

Tidak mustahil benam Bahrain, buktinya skuad era 70-an dibarisi Mokhtar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim-2024.jpg
Selepas kekalahan besar 0-4 Malaysia kepada Jordan, peluang skuad Harimau Malaya untuk mara lebih jauh dilihat semakin tipis.  

Ianya berdasarkan penilaian berdasarkan lawan yang bakal ditempuh skuad kendalian Kim Pan-gon yang dilihat seakan-akan hilang arah dan tidak mampu merencana aspek serangan dan pertahanan dengan baik. 

Pertemuan selepas ini menyaksikan Harimau Malaya bertemu Bahrain pada Sabtu dengan secara realistiknya memperlihatkan skuad negara mampu menewaskan skuad dari Timur Tengah itu bersandarkan pada rentak ‘high pressing yang diketengahkan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu. 

Bagaimanapun, jika dilihat dari segi rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan, hanya dua kemenangan memihak skuad kebangsaan dalam 12 pertemuan mereka sebelum ini. 

Kali terakhir skuad negara Berjaya menewaskan Bahrain adalah pada 9 September 1978 yang menyaksikan skuad yang dibarisi figura besar seperti Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun dan banyak lagi nama besar memperlihatkan skuad terbaik yang pernah dilahirkan Malaysia ketika itu.  

Advertisement

Must Watch Video