Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, mahu mengatasi rekod buruknya dalam saingan Piala FA dengan menyasarkan final pertama di pentas itu musim ini.
Sebagai jurulatih, tiada rekod yang boleh dibanggakan Sathianathan sepanjang penganjuran Piala FA dengan kesemuanya terkandas di peringkat awal.
Bagaimanapun, dia enggan tunduk kepada rekod di atas kertas itu, malah lebih bernafsu untuk membawa Selangor ke tahap terbaik demi menjulang Piala FA musim ini.
Ditambah dengan kemenangan kedua Liga Super yang dilakar pasukannya ke atas Terengganu FC, Jumaat lalu, Sathianathan berkeyakinan anak buahnya berada di tahap terbaik untuk meneruskan rentak kemenangan.
"Rekod saya tidak berapa baik, namun seperti yang mereka katakan sebelum ini, 'Selangor tidak pernah menang di Stadium Shah Alam' dan kami telah membuktikan yang kami mampu mengubahnya.
"Perubahan itu bukan berdasarkan kepada nasib semata-mata, namun kami sendiri yang mengubahnya.
"Tidak mungkin kami akan terkandas dalam pusingan pertama," katanya.
Bagaimanapun, bekas pengendali Kelantan itu beranggapan Selangor tetap perlu berhati-hati dengan kemampuan skuad The Red Warriors itu walaupun majoriti mereka terdiri daripada pemain muda.
"Kelantan merupakan pasukan yang mampu beraksi baik di laman sendiri.
"Ia bukan tugas mudah memandangkan setiap pasukan yang berdepan Selangor akan bermotivasi tinggi untuk menewaskan kami.
"Kami perlu berhati-hati, berusaha keras, menumpukan perhatian dan tidak boleh sambil lewa dalam menghadapi mereka.
"Saya sedar pemain muda Kelantan mampu beraksi baik," tambahnya.