Skip to main content

Bola Sepak

Tidak layak ke Eropah kegagalan buat West Ham -- Rice

declan-rice.jpg
Declan Rice berasakan tidak layak ke saingan Eropah musim ini merupakan kegagalan buat West Ham.

Manuel Pellegrini memimpin The Hammers menamatkan saingan di tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Pengendali kelahiran Chile itu kembali bagi musim kedua bersama pasukan yang diperkuatkan pemain kebangsaan Sepanyol, Pablo Fornals, dan penyerang Sebastien Haller, dari Eintracht Frankfurt.

Marko Arnautovic telah mengambil keputusan berkelana ke China dengan menyertai kelab Liga Super China, Shanghai SIPG, tetapi pemain kebangsaan England, Rice, menegaskan tiada alasan untuk tidak memperbaiki pencapaian musim lalu.

"Kami meletakkan sasaran untuk beraksi di Eropah dengan skuad ini," kata Rice kepada BBC.

"Ia dianggap gagal jika kami tidak mencapai sasaran itu.

"Kami menamatkan saingan di tempat ke-10 tetapi West Ham meraih banyak peluang untuk mendaki ke tangga ketujuh. Kami perlu memperbaiki kelemahan dan mempamerkan aksi lebih konsisten."

Pemain berusia 20 tahun itu bakal memainkan peranan penting buat jentera tengah The Hammers musim ini.

Produk akademi itu telah tampil beraksi dalam 34 perlawanan musim lalu selepas bangkit daripada kekalahan 4-0 kepada Liverpool dalam aksi pertama di Anfield, di mana dia dikeluarkan pada separuh masa.

"Beraksi untuk England sebanyak tiga kali, bermain hampir keseluruhan perlawanan musim lalu, memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan dan anugerah kelab merupakan suatu rangkuman musim terbaik buat saya," katanya lagi.

"Saya sangat gembira dan perlu meneruskan momentum ini."

Advertisement

Must Watch Video