Skip to main content

Bola Sepak

Tidak ke Indonesia, Pablo Ganet pilih sertai KL City?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pablo-ganet.jpg
Bintang tengah Equatorial Guinea, Pablo Ganet, dilaporkan hampir pasti memperkuatkan Kuala Lumpur City bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2025-26.

Perkara itu dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, dalam satu ciapan X malam tadi.

Ganet pernah mencipta sensasi menerusi sepakan percuma gemilang ketika pasukan kebangsaannya menewaskan Ivory Coast dalam saingan AFCON 2023.

Sebelum ini, perancang berusia 30 tahun itu dikaitkan untuk menyertai dua kelab Liga 1 Indonesia, iaitu Persebaya Surabaya dan Persita Tangerang, tetapi perkembangan terbaru menyaksikan Ganet akan menyarung jersi The City Boys tidak lama lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video