Skip to main content

Bola Sepak

Tidak disangkal, Theerathon memang pemain sangat berkualiti -- Dr. Johan Kamal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jpgtopngconverter-com-(4).jpg
Susulan ura-ura peminat tentang Theerathon Bunmathan mungkin datang ke Selangor pada musim baharu nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menegaskan bahawa Theerathon Bunmathan memang seorang pemain yang sangat hebat dan berkualiti.

Namun apabila ditanya tentang kemungkinan pemain itu menyarung jersi Selangor, Dr. Johan lebih berminat untuk bercakap berkenaan status kewangan pasukan.

Faktor gaji dan yuran perpindahan yang terlalu tinggi mungkin menutup peluang untuk peminat-peminat melihat perkara itu berlaku.

"Theerathon seorang pemain yang sangat berkualiti di Asia, tapi kekangan terbesar adalah kewangan.

"Saya difahamkan gaji beliau di Thailand memang sangat besar.

"Kita perlu membayar yuran perpindahan yang sangat besar, 600 ribu ke 700 ratus ribu, jadi ia bukan satu perkara yang mudah (untuk bawa masuk Theerathon).

"Kita perlu berbelanja berdasarkan apa yang kita ada," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video