Skip to main content

Bola Sepak

Tiada siapa minta Icardi kekal -- Marotta kecam kenyataan Nara

mauro-icardi-wanda-nara-cropped_mk00eri69kdo1mesj5lrn0gxt.jpg
Ketua Eksekutif Inter Milan, Giuseppe Marotta, berkata pihak kelabnya berang dengan kenyataan daripada isteri dan ejen Mauro Icardi, Wanda Nara.

Icardi diberitahu dia boleh meninggalkan Inter selepas dilucutkan jawatan kapten musim lalu dan disisihkan daripada skuad ketika berdepan Lecce, awal pagi tadi.

Nara dilihat sering menarik perhatian menerusi pandangan yang dilontarkan secara terbuka dan dia menegaskan Icardi masih melihat masa depannya di San Siro.

"Benar, dia berkata tidak kepada semua destinasi yang bukan Inter Milan," kata Nara.

"Semua orang tahu pilihannya sejak permulaan musim panas dan itu untuk rujukan mana-mana kelab yang berminat dengannya. Bagi saya, dia akan kekal bersama Inter."

Bagaimanapun, sebelum menentang kelab yang baru dinaikkan ke Serie A, Lecce, awal pagi tadi yang berakhir dengan kemenangan 4-0 buat Inter, Marotta mengecam kenyataan Nara.

"Bagi saya, ia menjadi sesuatu yang menggelikan berdasarkan waktu dan gaya dia bercakap," ujar Marotta.

"Saya ingin menegaskan bahawa tiada pengurus termasuk Pengerusi Inter Milan, Steven Zhang, mengajaknya untuk kekal bersama pasukan.

"Kami telah merangka strategi dan berkomunikasi pada waktu yang tepat. Kami akan meneruskannya sehingga di pengakhiran dan tiada siapa di Inter boleh mengganggunya."

Juventus, Monaco dan Napoli dikaitkan dengan penyerang dari Argentina itu selepas menyumbat 17 gol daripada 37 penampilan dalam semua kejohanan musim lalu.

Advertisement

Must Watch Video