Zinedine Zidane masih tidak dapat memberikan kepastian samada Gareth Bale akan kembali beraksi untuk Real Madrid bagi baki aksi musim ini.
Pemain kebangsaan Wales itu mengalami kecederaan betis dalam aksi suku akhir berdepan Bayern Munich di Allianz Arena pada 12 April dan ketika bertemu Barcelona, Bale hanya beraksi kurang daripada 45 minit.
Pemain berusia 27 tahun itu tidak diturunkan sejak itu dan hanya tinggal empat perlawanan sebelum tamat musim ini.
Zidane mendedahkan bahawa terdapat perkembangan di dalam keadaan Bale yang semakin meningkat tetapi beliau tidak memiliki sebarang kepastian bila dia akan dapat diturunkan.
"Kami harus melihat keadaannya hari demi hari. Dia meneruskan latihan di gim, membantunya untuk pulih sepenuhnya.
"Terdapat peningkatan, cuma Bale belum boleh turun berlatih bersama pasukan. Saya tidak boleh memberitahu bila dia akan kembali beraksi."