Skip to main content

Bola Sepak

Tiada ruang untuk berpuas hati -- Southgate

thomas-muller.jpg
Gareth Southgate percaya penyingkiran mengejut Jerman dalam saingan peringkat kumpulan Piala Dunia menyerlahkan tiada ruang untuk berpuas hati dalam saingan bola sepak antarabangsa.

Skuad kendalian Joachim Low itu tersingkir daripada pusingan pertama buat julung kali sejak 1938 dan menghuni tangga tercorot Kumpulan F selepas tewas 2-0 kepada Korea Selatan di Kazan, semalam.

Southgate, yang telah memastikan England layak ke pusingan seterusnya dan menantikan aksi terakhir Kumpulan G berdepan Belgium, awal pagi esok, mengagumi pasukan yang menjuarai Piala Dunia, empat tahun lalu itu.

Mengakui menerapkan beberapa elemen Jerman dalam pasukannya, Southgate menegaskan penyingkiran mereka merupakan bukti kegagalan untuk berkembang.

"Jurang dalam setiap perlawanan amat tipis," katanya.

"Saya berasakan kita tidak boleh mengambil mudah dalam setiap perkara. Tiada peluang untuk berehat dan pasukan perlu sentiasa mempamerkan peningkatan.

"Banyak yang telah kami pelajari daripada skuad Jerman dan kami telah mengambil beberapa elemen utama daripada pasukan mereka," ujarnya.

Tetapi tewas 1-0 kepada Mexico dalam aksi pembukaan, Jerman memerlukan jaringan pada minit ke-95 daripada Toni Kroos untuk mengatasi Sweden 2-1. 

Southgate terkejut dengan kegagalan mereka untuk lolos ke pusingan seterusny, tetapi menyedari ia bukan laluan yang mudah buat Jerman.

"Sememangnya saya terkejut.

"Saya berada di sini musim panas lalu untuk saingan Piala Konfederasi ketika mereka membawa skuad muda dan mereka juga memenangi Euro B-21 2017.

"Mereka jauh berada di depan dalam setiap perlawanan.

"Pelik untuk menyaksikan mereka bergelut tetapi Jerman perlu berdepan pasukan yang setaraf dengan mereka. 

"Jerman berdepan pasukan yang memiliki taktikal setaraf dengan mereka dan sering membuka ruang untuk serangan balas pasukan lawan.

"Saya tidak melihat ia kumpulan yang mudah buat Jerman. Sweden seperti setanding dengan Jerman. Ketika berdepan Korea Selatan, mereka bergelut untuk menghasilkan peluang."

Advertisement

Must Watch Video