Jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, menegaskan tiada pasukan akan turun selaku pilihan dalam aksi suku akhir pertama Piala FA bertemu Pahang di Kuala Terengganu, malam ini.
Malah, kekalahan 0-3 ketika saingan liga selain rekod tanpa kalah Pahang musim ini tidak akan menggugat misi TFC mencari bekalan selesa untuk dibawa ke Kuantan dalam aksi timbal balik nanti.
Menurut Irfan, peluang tetap terbuka buat mereka sambil berharap TFC mempamerkan aura luar biasa di depan penyokong sendiri.
"Piala FA seperti di England, cukup klasik dan ada keunikannya. Tiada lagi pasukan pilihan sebaik sahaja mara ke suku akhir kerana semangat pemain pasti berbeza.
"Mencari kemenangan dan mengelak daripada dibolosi pasukan lawan adalah misi utama kami," jelasnya.
Pahang yang berada di kedudukan kedua Liga Super dijangka mempertaruhkan barisan terbaik, namun TFC juga masih segar dengan tiga kemenangan berturut-turut.
Momentum itu dibantu kemunculan semula Kipre Tchetche yang disifatkan Irfan sebagai sudah kembali mendapat rentak terbaik.
"Dia (Tchetche) lebih berani membuat gerakan dan percubaan, boleh dikatakan ini adalah Tchetche yang sebenar.
"Contohnya musim lalu, tiada siapa memberi harapan kepada kami dalam Piala Malaysia, namun kami berjaya mengetepikan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam separuh akhir," katanya.