Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, tidak akan memberikan penyerang Juventus, Gonzalo Higuain, layanan istimewa menjelang final Liga Juara-Juara Eropah.
Higuain menghabiskan masa enam tahun bersama Ramos di Madrid sebelum meninggalkan Santiago Bernabeu pada 2013, bagaimanapun kedua-dua pemain bakal disatukan semula di Cardiff pada 3 Jun ini.
Ramos menegaskan dia akan mengetepikan persahabatan dengan Higuain dalam misi membantu Real Madrid melakar sejarah, menjadi pasukan pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara.
"Dia sahabat baik saya dan kami menjadi kawan baik ketika dia bersama kami," Ramos memberitahu beIN Sports.
"Tetapi saya tidak akan memberinya layanan istimewa di atas padang."
Madrid mara ke final buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas menegetepikan cabaran Atletico Madrid dengan kemenangan agregat 4-2 meskipun tewas 2-1 dalam separuh akhir kedua, awal pagi tadi.
Selepas tewas 3-0 dalam aksi pertama, Atletico bangkit dengan dua gol kilat menerusi Saul Niguez dan Antoine Griezmann sebelum gol di tempat lawan jaringan Isco memadamkan harapan mereka.
"Tiada siapa kata perlawanan ini mudah. Saya bangga dengan pasukan ini. Ketika perlawanan melalui saat getir, kami mempamerkan perwatakan sebenar lalu menjaringkan gol penting," tambah Ramos.