Skip to main content

Bola Sepak

Tiada lagi Solehin dalam skuad Melaka United

301116melaka2.jpg
Penjaga gol utama Melaka United, Ahmad Solehin Mamat, kini sah menandatangani kontrak bersama Kuala Lumpur FA.

“Rezeki saya lebih di Kuala Lumpur FA," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Syazwan Yusoff, yang juga merupakan penjaga gol simpanan skuad berkenaan juga telah berpindah ke Terengganu FA.

Ada juga khabar angin yang mengatakan pihak Melaka United Football Club (MUFC) sedang memburu salah seorang penjaga gol Perak.

Ferris Danial juga mengambil keputusan untuk ke Terengganu FA, Wan Amirul ke Felda United dan Fiqri Azwan berpindah ke Felcra United.

Sementara itu, Air Asia Allstar FC bukan sahaja bertindak menyambar bekas jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris, tetapi turut berjaya menawarkan kontrak kepada dua lagi pemain Melaka United, iaitu See Kok Luen dan Iskandar Hanapiah.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found