Jurulatih skuad negara, Nelo Vingada, tidak mahu menabur janji manis kepada peminat bola sepak negara kerana banyak aspek yang perlu diperbaiki untuk tempoh jangka panjang.
Jurulatih dari Portugal itu juga enggan mengambil risiko meletakkan sasaran dalam masa terdekat, termasuk layak ke Piala Asia 2019, kerana ada keutamaan lain seperti mengubah falsafah dan mentaliti pemain negara.
"Saya percaya kami boleh memulihkan kebanggaan (bola sepak Malaysia), kami akan mengendalikan pasukan. Sudah tentu ia menurut idea saya dan mendapat sokongan daripada semua.
"Kita akan lihat nanti, daripada satu langkah ke satu langkah, saya tidak boleh berjanji," kata Vingada dalam majlis pengenalannya sebagai jurulatih kebangsaan di ibu negara, hari ini.
Dalam masa sama, Vingada menjelaskan dia tiada hubungan tertentu dengan ejen Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dari China, Eric Mao, yang ditangkap kerana skandal mengatur perlawanan baru-baru ini.
Malah, niatnya sekadar mahu membantu membantu kelab Portugal, Atletico Clube de Portugal, yang berdepan masalah kewangan pada 2013.
"Saya membantu pasukan itu ketika memiliki kontrak bersama pasukan Iran. Saya membantu mereka dalam tempoh dua, tiga bulan untuk memperbaiki situasi mereka. Tidak lebih daripada itu," tambahnya.
Pengalaman yang dimiliki jurulatih berusia 64 tahun itu amat memberangsangkan apabila pernah melatih 21 pasukan sejak 1981 dengan empat daripadanya adalah skuad kebangsaan Portugal, Arab Saudi, Iran dan Jordan.
Kejayaan terbesarnya adalah membawa Arab Saudi muncul juara Piala Asia pada 1997.
Nelo Vingada
Gelaran: The Professor
Pengalaman Kejurulatihan:
• Skuad Portugal: 1993 - 1994
• Skuad B20 Portugal: 1995 - 1996
• Skuad Arab Saudi: 1996 - 1997
• Skuad Jordan: 2007 - 2009
Pencapaian Terbaik:
• Juara Piala Asia: 1996/97 (Arab Saudi)
• Separuh akhir Sukan Olimpik: 1996 (Portugal)
• Separuh akhir Piala Dunia B20: 1995 (Portugal)