Erik ten Hag memberi amaran kepada Harry Maguire bahawa dia harus membuktikan bahawa dia cukup bagus untuk mendapat tempat tetap di pusat pertahanan Manchester United.
Maguire mengharungi kempen sukar baik di dalam dan di luar padang musim lalu, secara tidak langsung mendorong David de Gea atau Cristiano Ronaldo untuk dicadangkan memakai lilitan kapten.
Bagaimanapun, Ten Hag telah menjelaskan dalam sidang akhbar jelajah pra-musim United di Thailand dan Australia bahawa pemain antarabangsa England itu akan memainkan peranan berkenaan.
Ia satu suntikan keyakinan yang besar buat Maguire walaupun dia kini menghadapi persaingan tambahan untuk merebut kesebelasan utama memandangkan Lisandro Martinez dalam perjalanan dari Ajax.
United telah mencapai perjanjian £56.5 juta (RM301.3j) dengan juara Eredivisie itu untuk khidmat Martinez yang boleh bermain di beberapa posisi tetapi lebih gemar bertindak sebagai pertahanan tengah sebelah kiri.
Ia secara tidak langsung menjadikannya calon untuk bergandingan dengan Raphael Varane tatkala Victor Lindelof turut bergelut untuk mengisi bahagian itu.
Begitupun, pengurus berbangsa Belanda itu mengulangi kenyataannya bahawa dia adalah peminat Maguire, tetapi tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kaptennya tersebut menjelang kempen baru, bulan depan.

"Kami memiliki pertahanan tengah yang bagus dan Harry adalah salah seorang daripadanya. Dia mampu beraksi di bahagian kiri atau kanan," kata Ten Hag kepada Athletic.
"Saya fikir begitu (dia adalah pilihan utama). Dia telah membuktikannya sebelum ini dan akan kekal begitu hingga ke hari ini mahupun masa depan.
"Dia mewakili England sebanyak 46 kali. Harry benar-benar mengagumkan dan saya meletakkan harapan tinggi terhadapnya.
"Begitupun, terdapat persaingan dalaman di dalam kelab ini sebagaimana Man United perlukan. Kami tidak boleh menang dengan bersandarkan 11 pemain semata-mata. Kami perlukan skuad.
"Apatah lagi banyak perlawanan musim ini. Kami akan mengharungi Liga Europa, Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia, jadi kami perlukan skuad penuh yang dibarisi pemain berkualiti tinggi."