Pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel tidak akan memberi muka kepada Manchester United di Old Trafford sekalipun sudah mengesahkan slot ke pusingan kalah mati dalam kancah Liga Juara-Juara.
Walaupun sekadar mencatat kemenangan tipis 4-3 pada aksi perlawanan pembukaan Kumpulan A di laman sendiri sebelum ini, Tuchel optimis mampu menjelmakan keputusan yang lebih baik daripada itu menjelang aksi awal pagi nanti.
Dengan berbaki dua perlawanan yang perlu diharungi, Bayern kini berdepan dengan pasukan yang terdesak untuk menghela nafas dalam kancah Liga Juara-Juara yang perlu mereka atasi.
Sudah pastinya United akan bermain bermati-matian ketika berdepan anak-anak buah Tuchel sambil mengharapkan beberapa keajaiban berlaku.
Kekalahan bukan lagi pilihan buat Ten Hag tatkala mengharungi fasa kejatuhan kiri dan kanan liga yang perlu diharungi mereka ketika ini.
Tetapi bagi Tuchel ia adalah jumlah baki perlawanan yang perlu dicatat kemenangan ke atas United dan Copenhagen.
"Saya faham sebilangan mereka mengira bahawa menentang Copenhagen tidak lagi memberikan banyak kesan buat kami. Tetapi bila kamu turunkan tandatangan untuk bersama Bayern atau United,
anda setuju untuk beri 100 peratus setiap hari.
"Bila anda memakai jersi Bayern Munich, anda perlu berkelakuan seperti juara..tiada jalan lain!" Kata Tuchel.