Jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, gembira dengan pilihan yang ada ketika ini selepas melewati hari pertama sesi latihan pusat semalam.
Bagaimanapun, keadaan itu langsung tidak mempengaruhi pemilihannya untuk kesebelasan utama sambil menegaskan setiap pemain perlu bekerja keras untuk merebutnya.
Kemasukan nama baru dalam jendela perpindahan kedua bulan lalu jelas mampu memperkuatkan skuad Warga Kota untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga-M).
Dengan kelibat J. Partiban, Ryan Lambert, Kyrian Nwabueze dan Kenny Pallraj, Hodak memiliki pilihan yang lebih baik jika dibandingkan sebelum ini.
"Tiada diskaun buat mana-mana pemain, tiada bintang dalam pasukan ini.
"Pemain baru perlu merebut tempat, mereka perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan yang kami terapkan dan apa yang saya tagih daripada mereka.
"Saya percaya mereka akan belajar dan dapat menyesuaikan diri dengan segera.
"Mereka menawarkan lebih kekuatan selain memberikan saya pilihan pemain yang lebih baik, " katanya dalam Nadi Arena sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, Hodak berharap keadaan akan segera kembali seperti sediakala apabila menegaskan kem latihan berpusat sedikit sebanyak mengganggu emosi dan mental pemain yang terpaksa berjauhan dengan keluarga.
Skuad Kuala Lumpur City sedang giat menjalani latihan di Stadium Cheras dan berkampung di hotel sepanjang latihan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
"Bukan mudah untuk mengetepikan kehidupan normal.
"Tetapi ini satu keadaan yang berbeza maka kami patuhi sahaja peraturan yang ditetapkan.
"Saya harap ia tidak berpanjangan.
"Kalau dua minggu tiada masalah tetapi apabila berlanjutan hingga 4-5 minggu, ia mampu mencetuskan masalah mental kepada kami."