Ernesto Valverde tidak memiliki sebarang alasan selepas Barcelona tersingkir daripada Liga juara-Juara selepas tewas kepada Liverpool, awal pagi tadi.
Juara LaLiga itu tewas 4-0 di Anfield dan tersingkir daripada saingan UCL 4-3 secara agregat.
Valverde, yang melepaskan kelebihan 4-1 dalam aksi pertama ketika berdepan Roma dalam suku akhir tahun lalu, enggan memberikan sebarang alasan di atas penyingkiran itu.
"Mereka bermula agresif seperti apa yang kami jangkakan. Mereka menjaringkan gol pertama tetapi kami berjaya menyesuaikan diri," kata Valverde.
"Dalam separuh masa pertama, kami memiliki pilihan untuk menjaringkan gol. Dua gol pantas lawan meranapkan peluang kami.
"Tiada alasan selepas tewas 4-0. Mereka lebih baik dan anda perlu menerimanya."
Dua jaringan Divock Origi dan Georginio Wijnaldum menyaksikan Liverpool yang tanpa Mohamed Salah dan Roberto Firmino meraih kemenangan di Anfield.
"Kami memohon maaf kepada penyokong. Segala apa yang kami lakukan adalah untuk penyokong supaya mereka berbangga dengan pemain-pemain.
"Dalam bola sepak, semua orang menjangkakan kami menang setiap masa tetapi ada ketika kami perlu akur dengan kekalahan.
"Sukar untuk menerimanya, tetapi kami akan harunginya bersama."