COLOMBIA 1 ENGLAND 1
(England mara menerusi penentuan penalti 4-3)
Eric Dier melengkapkan tendangannya untuk England memenangi penentuan penalti buat julung kalinya dengan menewaskan Colombia 4-3 untuk menempah pertemuan dengan Sweden dalam suku akhir Piala Dunia 2018.
Jaringan keenam Harry Kane dalam temasya Russia 2018 -- berkelebihan dua gol berbanding Romelu Lukaku dalam pemburuan Anugerah Kasut Emas -- sudah cukup untuk menjamin tempat England dalam suku akhir dalam kejohanan utama dalam tempoh 12 tahun.
Ketua pasukan Three Lions berkenaan melakar jaringan selepas dikasari Carlos Sanchez.
Begitupun, Colombia mengheret aksi pusingan 16 di Moscow awal pagi tadi itu ke masa tambahan menerusi jaringan penyamaan dramatik pada minit ke-93 setelah Yerry Mina melonjak tinggi di dalam petak penalti untuk menanduk masuk sepakan sudut Juan Cuadrado.
Dalam penentuan sepakan penalti, David Ospina merebahkan badan ke sebelah kirinya untuk menafikan sepakan lemah Jordan Henderson, sekali gus memberi kelebihan kepada Colombia.
Tetapi sepakan Mateus Uribe pula menggegar palang manakala Jordan Pickford berhasil menafikan Carlos Bacca dengan cemerlang untuk memberi Dier peluang memuktamadkan kemenangan buat England.
Dier, yang masuk sebagai pemain gantian, mengekalkan ketenangannya dalam situasi itu meskipun Ospina dapat menduga dengan betul arah sepakannya untuk membolehkan England bertemu Sweden di Samara, Sabtu ini.
Wakil Amerika Selatan itu turun tanpa khidmat James Rodriguez akibat kecederaan sementara Wilmar Barrios nyaris dibuang padang dalam babak pertama setelah menghantukkan kepalanya terhadap Henderson.
England bermula garang sebaik wisel ditiupkan sehingga memaksa Ospina menumbuk sepakan percuma Ashley Young sebelum dua percubaan Raheem Sterling disekat. Kane memiliki peluang pertama pada minit ke-16, namun kedudukan badannya menyukarkannya untuk menanduk kemas hantaran lintang Kieran Trippier.
Barrios mungkin bernasib baik hanya menempah kad kuning susulan hantukan kepalanya ke atas Henderson, namun sepakan percuma yang diberikan disia-siakan Trippier.
Henderson menuntut hukuman lebih tegas ke atas Barrios, namun pengadil, Mark Geiger, mengelak daripada menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) sambil pemain Colombia terbabit diberikan kad kuning.
Colombia menggunakan pendekatan fizikal dalam permainan yang membawa padah apabila Kane dihadiahkan penalti pada awal babak kedua susulan kekasaran Sanchez ke atasnya.
Kane terpaksa menunggu lama untuk melakukan sepakan itu apabila perhatiannya diganggu pemain Colombia, namun kapten England berkenaan mengekalkan ketenangannya untuk untuk menewaskan penjaga gol Arsenal, Ospina, dari jarak 12 ela.
England semakin hampir meledak gol kedua enam minit kemudian menerusi satu lagi hantaran lintang menarik Trippier, namun tandukan Dele Alli melewati palang gol.
Colombia jelas merindui gerakan kreatif James ketika mengasak kubu England dan kesilapan Kyle Walker hampir dihukum Juan Cuadrado, namun pemain sayap itu melepaskan peluang yang terhidang.
Dalam masa kecederaan, Mina berhasil mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan menyumbat gol dalam perlawanan Piala Dunianya yang ketiga berturut-turut selepas Pickford membuat aksi menyelamat berkelas dunia untuk menafikan rembatan Uribe.
Dengan Ospina turut berada di depan pintu gol lawan, Mina melonjak tinggi untuk membenamkan sepakan sudut Cuadrado itu ke dalam gawang England sekalipun Trippier terdesak cuba mengeluarkan bola tersebut.
Pemain gantian England mempunyai peluang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam masa tambahan, begitupun percubaan Danny Rose sekadar melintasi pintu gol lawan setelah mendapat lorongan daripada Henderson dan tandukan Dier pula tidak kemas meskipun tidak dicabar sesiapa.
Bagaimanapun, Dier menebus kegagalan awalnya dalam penentuan penalti. England ketinggalan 2-3 dalam situasi berkenaan, namun kembali bernyawa apabila Uribe dan Bacca gagal dalam tugasan penalti mereka.
Dier kemudian melengkapkan penalti itu untuk mencetuskan perayaan liar skuad England sebagai simbolik kejayaan menamatkan sumpahan mereka dalam Piala Dunia.