Skip to main content

Bola Sepak

Thiago Augusto kembali perkuat Felda

empat-pemain-harimau-malaysia-bakal-perkuat-felda-united-musim-depan.png
Jurulatih Felda United, B. Sathianathan, merombak barisan import The Fighters, dengan Thiago Augusto Fernandes sah kembali ke pangkuan pasukan itu.

Rombakan itu membabitkan tiga pemain import Felda kecuali Zah Rahan Krangar. 

Tatkala penyerang, Gaston Cellerino, sah digugurkan, Lucas Cano dan Mootaz Jounaidi kini menghitung hari untuk menerima nasib sama susulan gagal menyerlah sejak menyertai pasukan itu pada awal musim ini. 

"Seramai empat pemain pertahanan dan penyerang akan datang menjalani pemilihan. 

"Mereka adalah pemain terbaik Liga Australia dan juga di negara Arab. 

"Ketika ini, kami mempunyai Mootaz (Jounaidi) dan dia merupakan seorang pemain pertahanan yang bagus. Tetapi, dia masih belum mencapai tahap yang saya perlukan sebagai seorang pemain yang agresif," ujarnya. 

Sathianathan turut melakukan rombakan terhadap pemain tempatan apabila lima pemain yang jarang beraksi sebelum ini dilepaskan ke pasukan lain dengan status pinjaman. 

Bagaimanapun, bekas jurulatih kebangsaan itu membawa masuk tiga muka baru membabitkan dua pemain naturalisasi, Curran Fern Singh dan Daniel Ting, serta Safwan Hashim. 

Skuad Felda akan kembali menjalani latihan minggu depan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sempena persiapan menghadapi baki Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim ini. 

Advertisement

Must Watch Video