Pengurus pasukan Terengganu FC (TFC), Ahmad Shahrizal Yahaya, meminta tempoh bertenang sebelum mengesahkan status kesihatan penjaga gol, Mohd Suffian Rahman.
Shahrizal berkata dia hanya dimaklumkan pemain itu mengalami serangan jantung ketika melawatnya di hospital, namun belum menerima laporan secara terperinci.
Menurutnya, pasukan perubatan TFC dan pihak hospital kini sedang berurusan untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat sebarang kenyataan rasmi.
"Rabu lalu, dia beritahu tidak dapat hadir ke sesi latihan kerana masalah kesihatan sebelum membuat pemeriksaan di hospital dan kami diberitahu Suffian ditahan di wad.
"Keadaannya stabil dan keluarga Suffian meminta ruang untuk dia tidak diganggu dan mendapatkan rehat yang cukup," jelasnya.
Sehubungan itu, Shahrizal mengharapkan penyokong TFC mendoakan kesihatan penjaga gol berusia 41 tahun itu kembali pulih sepenuhnya.
Berita kurang enak ini hanya dua tahun selepas bekas penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee, disahkan mengalami kanser darah ketika menyarung jersi Terengganu.
Selain itu, kes berprofil tinggi berkenaan pernah melibatkan pemenang Piala Dunia, Iker Casillas, yang diserang penyakit jantung dalam sesi latihan bersama kelab FC Porto, Mei lalu.
"Kami sama-sama berharap Suffian dapat melawan sakitnya dan segera sihat seperti sedia kala," tambah Shahrizal.