TERENGGANU FC II 0 PULAU PINANG 0
Pulau Pinang memilih jalan sukar untuk merebut slot ke Liga Super selepas terikat tanpa jaringan dengan Terengganu FC (TFC) II di Kuala Terengganu, sebentar tadi.
Rentak agresif yang dipamerkan tuan rumah di awal permainan menyaksikan rembatan deras Zueasyraf Zulkifli dari luar kotak penalti pada minit kelapan liar dari sasaran.
Tiga minit kemudian, pintu gol Pulau Pinang diuji Ahmad Takhiyuddin Roslan, mujur sepakan percuma pemain tengah TFC II itu melencong ke sebelah tepi.
Skuad Harimau Kumbang mengimbangi rentak tuan rumah dengan percubaan Julian Bottaro (m-18) dari dalam kotak penalti, namun tinggi melepasi pintu gol TFC II.
Peluang terbaik TFC II menjelma pada minit ke-37 selepas sepakan sudut Takhiyuddin ditanduk Akanni Sunday Wasiu, malangnya palang menjadi penghalang.
Pulau Pinang menambah tekanan pada babak kedua dan hampir memecahkan kebuntuan tetapi sepakan kencang Bottaro (m-59) dari depan kotak penalti sedikit tinggi.
Aksi semakin rancak apabila penjaga gol Pulau Pinang, Muhd Zamir Selamat, tangkas menepis tolakan leret Akanni pada minit ke-63 serta Mohd Haidhir Suhaini pada minit ke-66.
Penjaga gol TFC II, Mohd Sharmiza Yusoff, turut beraksi baik pada minit ke-69 selepas menghalang situasi satu lawan satu berdepan penyerang lawan, Casagrande.
Sharmiza terus cemerlang menafikan voli menarik Bottaro (m-77) sebelum pengadil, Zulkifli Ahmad, menamatkan aksi menghiburkan itu dengan kedudukan 0-0.
Kredit foto: Liga Bolasepak Malaysia (MFL)
Keputusan lain:
Liga Perdana
SARAWAK 2 NEGERI SEMBILAN 4
UITM FC 1 PDRM FA 2
Liga Super
PAHANG 2 KUALA LUMPUR 0
PJ CITY FC 1 MELAKA 2
PERAK 0 JDT 3