Skip to main content

Bola Sepak

TFC harap Tuck sempat pulih

tfc-training.jpg
Terengganu FC (TFC) kembali menagih khidmat pemain tengah, Lee Tuck, untuk pulih daripada kecederaan belakang agar dapat diturunkan ketika menentang Kedah di Alor Setar, Jumaat ini.

Pembantu jurulatih, Mohamad Nik, berkata kehadiran tonggak kelahiran England itu sekurang-kurangnya dapat mengatasi kelonggaran jentera tengah TFC.

Ketiadaannya antara punca kekalahan 1-2 kepada PKNP FC minggu lalu sambil Mohamad mengakui TFC bagaikan terlalu bergantung kepada Tuck serta penyerang, Kipre Tchetche.

"Gerakan yang dirancang tidak disudahkan dengan baik tetapi ia bukan masalah keserasian kerana sudah minggu kelapan.

"Mungkin dengan kembalinya Tuck, kami ada pemain yang memberi tekanan kepada pihak lawan dan bertindak selaku jeneral di atas padang," katanya.

Mohamad turut mengingatkan TFC agar tidak mengulangi kesilapan mudah serta memperkemaskan disiplin menyerang dan bertahan.

"Kami tidak boleh sekadar menjadi pemerhati kerana Kedah akan mengambil kesempatan ke atas kelekaan itu.

"Jangan tunggu ketinggalan baru nak bangkit," katanya.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)

Advertisement

Must Watch Video