COLOGNE 2 DORTMUND 2
Pengurus sementara Borussia Dortmund, Edin Terzic, memuji kelibat Erling Haaland tetapi menegaskan bahawa kelab Bundesliga itu tidak boleh selalu bergantung kepada penggempur berkenaan.
Haaland dua kali menggegar gawang -- termasuk gol penyamaan pada minit ke-90 -- untuk menyelamatkan maruah Dortmund untuk seri 2-2 dengan pasukan lebih kerdil, Cologne, awal pagi tadi.
Dikatakan menjadi idaman Manchester City, Manchester United, Real Madrid, Chelsea, Liverpool, Barcelona, Paris Saint-Germain (PSG) dan Juventus, Haaland membuka akaun jaringannya pada minit ke-3.
Namun, Cologne bangkit dengan dua gol sebelum Haaland menyelamatkan satu mata buat Dortmund dengan penyudah terakhir perlawanan.
Haaland telah menyumbat 14 gol ketika bertandang ke tempat lawan dalam kempen Bundesliga musim ini -- lebih banyak daripada jaringan Werder Bremen (13), Hertha Berlin (13), Mainz (11), Arminia Bielefeld (10) dan Schalke (lapan) di tempat sendiri sepanjang 2020-21, maka tidak hairanlah Terzic memuji pemain antarabangsa Norway itu.
"Kualiti Erling bukan lagi rahsia," katanya kepada wartawan pasca-perlawanan selepas Haaland meninggalkan gelanggang itu dengan kekecewaan.
"Dia menjaringkan dua gol lagi hari ini dan saya rasa dia memiliki lima peluang terhidang secara keseluruhannya. Tetapi anda masih boleh melihat kekecewaannya hari ini kerana dia mahu meninggalkan padang dengan tiga mata.
"Keinginannya untuk menang menjadikannya begitu istimewa. Dia menunjukkannya kepada kami pada setiap hari sementara pemain yang lain pula sekali atau dua kali seminggu.
"Kami sangat senang memilikinya tetapi itu tidak bermakna kami akan mengendurkan usaha. Kami akan terus membantunya agar dia dapat menyumbang kembali kepada kami."

14 - @ErlingHaaland (@blackyellow) has scored 14 away goals in the #Bundesliga this season – more than Bremen (13), Hertha (13), Mainz (11), Bielefeld (10) and Schalke (8) have scored at home in 2020-21. Partycrasher. #KOEBVB pic.twitter.com/4fkteoTnmW
— OptaFranz (@OptaFranz) March 20, 2021