Kapten Middlesbrough, Ben Gibson, menyifatkan pengalaman disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah saat yang paling mengecewakan dalam kariernya.
Boro tewas 3-0 kepada Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi tadi -- jaringan Diego Costa, Marcos Alonso dan Nemanja Matic menyaksikan mereka menyertai Sunderland menghadapi penyingkiran dengan berbaki dua perlawanan.
Gibson menerima Middlesbrough gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang musim ini untuk memastikan mereka kekal bersaing di dalam pentas tertinggi bola sepak Inggeris.
"Ia bukan sahaja dalam perlawanan ini, sepanjang musim kami gagal bermain dengan baik," kata Gibson.
"Dari awal sehingga akhir, kami tidak mempamerkan prestasi yang berkualiti. Pemain-pemain, staf dan diri saya sendiri.
"Chelsea merupakan pasukan yang jauh lebih baik pada setiap bahagian. Mereka boleh menewaskan kami dengan jaringan yang lebih banyak.
"Ia merupakan saat yang paling mengecewakan saya. Kami perlu memperbetulkan situasi ini dengan cuba untuk kembali ke pentas ini pada musim akan datang."