Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, percaya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan berganjak dengan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain 'Malaysia Abroad' menjelang Tribunal Bola Sepak badan induk dunia itu, Jumaat depan.
"Saya tidak rasa FIFA akan tukar keputusan cuma kalau ada ringankan hukuman.
"Berapa lama? Itu kita tidak tahu.
"Walaupun apa jua keputusan itu, peguam cari jalan untuk selesaikan isu ini.
"Kalau nak kata ia kesalahan pemain -- pemain tidak tahu apa-apa. Kalau mereka tidak terlibat, tidak akan FIFA akan gantung mereka setahun dalam sebarang aktiviti bola sepak.
"Peraturan tetap peraturan. Kita tidak patut biar, lawan daripada segi undang-undang di mana kita rasa patut," jelas baginda dalam siaran langsung satu sidang media di Dorsett Grand Subang, sebentar tadi.
Tambah baginda lagi: "Saya akan berjuang untuk mereka.
"Mereka rakyat Malaysia dan mereka berhak mewakili negara.
"Salahkan sesiapa, saya lebih berminat untuk mencari jalan untuk selesaikan isu ini.
"Kalau kerajaan mengesahkan dokumen itu sahih, saya tidak rasa rakyat Malaysia nak mempersoalkan integriti negara saya."
Dalam masa sama, Tunku Ismail menjelaskan bahawa baginda hanya sebahagian daripada pemain industri bola sepak dan sekadar bertindak membantu pasukan kebangsaan menerusi dana daripada kerajaan.
Malah, baginda tidak berhubung dengan mereka secara langsung dan cuma mengarahkan sama ada ejen atau pencari bakat merujuk perinciannya kepada FAM.
"Hanya tujuh (orang pemain warisan) sahaja yang lulus dan kelulusan (diberikan oleh) sistem JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), yang lain tidak lulus," tambahnya.
Situasi itu mendorong FAM untuk menggantung Setiausaha Agung FAM (Datuk Noor Azman Rahman 17 Oktober lalu), namun pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak bersetuju, sebaliknya menyeru semua pihak agar mencari jalan penyelesaian.
"Saya rasa penggantungan terhadap setiausaha agung FAM (Datuk Noor Azman Rahman) tidak patut. Saya tidak bersetuju.
"Saya fikir dalam hal ini, ramai yang terlibat dengan FAM dalam apa sahaja cara. Semua harus bertanggungjawab termasuk CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan semua orang.
"Saya tidak berminat untuk menuding jari dan setiausaha agung FAM patut kena hukum," kata baginda.
Gear Up Sekarang

Nike Phantom 6 Low Pro
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang