Skip to main content

Bola Sepak

Terkini Piala AFC: Ivan Mamut kekal ketuai serangan Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu-12.jpg
Penyerang prolifik, Ivan Mamut, kekal mengetuai jentera serangan Terengganu FC menjelang perlawanan menentang Stallion Laguna dalam aksi Kumpulan G, Piala AFC di Stadium Binan sebentar nanti.

Pemain kelahiran Croatia itu menjaringkan gol pembukaan Sang Penyu ketika menewaskan Kuala Lumpur City FC 2-1 dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Jumaat lalu.

Dia akan disokong tiga pemain tengah menyerang dengan Syahmi Zamri di sebelah kiri, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim di tengah dan Sony Norde di sebelah kanan.

Dalam pada itu, Habib Haroon dan Nurillo Tukhtasinov akan memainkan peranan sebagai pemain tengah bertahan di depan Arif Fadzilah Abu Bakar, Ubaidullah Shamsul Fazili, Sardor Kulmatov dan Safwan Mazlan selaku barisan pertahanan.

Benteng terakhir skuad Peteh itu pula digalas penjaga gol, Suhaimi Husin.

Saksikan siaran secara langsung perlawanan ini di Astro Arena Bola 3 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go dengan pra-perlawanan bermula pada jam 3.30 petang ini.
 

Advertisement

Must Watch Video