Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Perkembangan Faisal Halim dapat perkhabaran positif

shahril-fas-new.jpg
Pemain Selangor, Faisal Halim, yang mengalami kelecuran tahap empat kini mendapatkan perkembangan terkini.

Pembedahan ‘split skin grafting‘ iaitu prosedur terakhir yang telah dijalankan pada hari Isnin dan Astro Arena membawa perkembangan terkini. 

Menerusi Ahli Lembaga Pengarah (SFC) Datuk Seri Shahril Mokhtar, beliau berkongsikan bahawa perkembangan positif buat Faisal Halim. 

"Berdasarkan perkembangan terkini, Faisal telah menjalani tiga pembedahan sebelum ini, dua pembedahan pertama dijalankan bagi mengeluarkan asid dari badan Faisal dan yang ketiga merupakan skin allograph.

"Pembedahan yang terbaru, ia mengambil masa selama enam jam. Alhamdullillah pembedahan berjalan dengan lancar. 

"Buat masa ini, dia masih lagi dalam pemantauan doktor dan perkembangan untuk mengetahui dia akan keluar bakal diumumkan. 

"Saya yakin dalam beberapa lagi, Faisal akan dibenarkan keluar dari hospital.

"Mungkin ada yang bertanya mengapa proses pemulihan Faisal ini cepat. Ada dua sebab, yang pertama, doa semua rakyat Malaysia banyak membantu meningkatkan semangat Faisal.

"Yang kedua, doktor pakar banyak menggunakan teknik yang baru. Prosedur skin allograph yang didapatkan dari Belgium menjadi kunci utama proses pemulihan Faisal.

"Mengenai persoalan bila Faisal akan kembali beraksi? Berdasarkan perkembangan terkini Faisal, saya boleh katakan dia memerlukan tiga hingga enam bulan proses pemulihan untuk kembali beraksi.

"Kami telah merangka pelan dalam tempoh tiga hingga enam bulan fasa pemulihan ini untuk Faisal. Apa yang boleh dilakukan untuk memastikan Faisal kembali ke tahap yang terbaik. 

"Faisal juga mengalami penurunan berat badan. Jadi, Faisal perlu kembali memperkuatkan ototnya bagi meningkatkan kekuatan daripada segi fizikal."

Advertisement

Must Watch Video