Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI Liga Super: Hanya beza satu gol, Bergson tangguh hasrat pecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman milik Indra Putra

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bergson.jpg
Penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, hampir bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas untuk memecahkan rekod gol dikumpul bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dengan 106 gol.

Bakal pemain Naturalisasi Harimau Malaya itu telah menghimpunkan 105 gol Liga Super setakat ini.

Bergson sempat menjaringkan satu gol ketika bertemu Kuching City, namun digantikan pada separuh masa kedua, sekali gus melihat dirinya tidak akan mencetak sebarang jaringan lagi malam ini.

Kebanggaan Harimau Selatan itu turut sedang melakar pencapaian peribadi tatkala melakukan rekod tersebut dengan hanya mewakili satu pasukan sahaja bersama JDT sejak ketibaannya selaku pemain import di Malaysia.

 

Menurut laman sesawang Soccerway, pemain kelahiran Brazil itu sudah melakukan 76 penampilan dalam Liga Super dan mengambil masa selama empat musim (tahun kelima di Malaysia) sejak menyertai skuad kendalian Hector Bidoglio untuk mengatasi rekod tersebut.

Berdasarkan laporan Transfermarkt, kontrak bintang berusia 34 tahun itu bakal berakhir bersama JDT, Mei depan namun sudah pasti perancangan yang didedahkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), berkenaan skuad Harimau Malaya pada masa akan datang menyaksikan dirinya akan kekal lebih lama di kelab selatan tanah air itu.

Sudah pasti, memasuki musim baru, misi utamanya ialah untuk mengungguli senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman apabila dia memerlakan hanya dua gol lagi untuk memintas Indra Putra Mahayuddin.

Namun, Bergson tetap menamatkan musim ini dengan gelaran penjaring terbanyak dengan pungutan 32 gol memecahkan rekod semusimnya.

Dan ini sekali gus, menyaksikan Bergson akan mencetak pelbagai kejayaan tanpa henti di Malaysia. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video