LIGA SUPER MSIA

TERKINI: Faisal Halim teringin makan nasi kandar

Stadium Astro
Stadium Astro
14/05/2024
05:34 MYT
Sponsor Banner
TERKINI: Faisal Halim teringin makan nasi kandar
Penyerang skuad kebangsaan, mendapat perkhabaran positif apabila telah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan di hospital ketika ini.
Faisal yang berusia 26 tahun disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada hujung minggu lalu.
Berikutan itu, doktor yang merawatnya berkata, pemain bola sepak kebangsaan itu melecur tahap empat.
Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.
Menerusi perkembangan terkini menerusi Nadi Breaking, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, memaklumkan Faisal telah keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) dan telah dipindahkan ke wad biasa.
Shahril turut memberikan perkembangan positif buat Faisal, dia berkata, "Saya menerima voice note (pesanan suara) daripada Faisal. Setiap hari, saya dapat mendengar suaranya bertambah baik.
"Mengenai selera makan, dia juga memberitahu sudah teringin untuk makan nasi kandar. Jadi saya melihat ia sebagai satu perkara yang positif."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video