Sri Pahang dalam satu kenyataan sebentar tadi mengumumkan bahawa 10 pemain tidak lagi akan bersama mereka bagi saingan musim depan.

Berdasarkan kenyataan itu, 10 pemain berkenaan ialah Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva, Sherzod Fayziev, Nicholas Swirad, Muslim Ahmad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat Nazri, Wan Syazmin Wan Rozaimi dan Shahrul Nizam Nadzir.

"Sri Pahang FC merakamkan ucapan terima kasih kepada 10 pemain yang tidak lagi akan bersama kelab bagi mengharungi Liga Malaysia 2024.

"Komitmen, dedikasi dan keringat yang dicurahkan Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva, Sherzod Fayziev, Nicholas Swirad, Muslim Ahmad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat, Wan Syazmin dan Shahrul Nizam sepanjang menyarung jersi Tok Gajah, serta impak positif yang dibawa kepada kelab akan sentiasa dihargai dan dikenang.

"Terima kasih, semoga terus berjaya bersama pasukan baru," kata kenyataan itu.