Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih JDT, jumpa lagi nanti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ruo-han.jpg
Demikianlah ucapan terakhir tonggak tengah JDT, Ruo Han apabila memuat naik salam perpisahan kepada pasukan itu selepas tujuh tahun bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Ruo Han, menerusi dalam satu hantaran di Instagram mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih buat Pemilik Kelab, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di atas jasa baik menjaganya selama ini.

“Selepas tujuh tahun yang penuh kenangan, tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih kepada Pemilik Kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor,” tulis Ruo Han.

“Sepanjang detik suka, duka, dan juga kecederaan, kelab ini selalu menjaga saya dengan sangat baik. Terima kasih JDT, dan semoga kita berjumpa lagi,” tambah pemain itu lagi.

Untuk rekod, Ruo Han yang berasal dari Kulim, Kedah sertai akademi JDT pada tahun 2018 ketika berusia 17 tahun yang juga juara program pencarian bakat, Mencari Ramli musim ke-6.

Ruo Han dilihat banyak beraksi untuk pasukan feeder, JDT II bermula tahun 2021 namun beliau pernah berada di dalam senarai skuad utama ke AFC Champions League pada tahun 2021.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video