Skip to main content

Bola Sepak

'Terima kasih Buriram United! Cools out'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cool.jpg
Kapten Harimau Malaya, Dion Cools, memberikan ucapan terima kasih kepada Buriram United menerusi laman Instagram miliknya hari ini di atas peluang yang diberikan pasukan gergasi bola sepak Thailand itu selepas menjadi sebahagian daripada sejarah pasukan.

Ucapan itu seakan menjelaskan bahawa pemain berusia 28 tahun itu bakal berpisah dengan Buriram, dengan difahamkan Cerezo Osaka bakal menjadi destinasi baru Cools untuk musim depan.

"Terima kasih Buriram United untuk cerita yang tidak akan dapat dilupakan dalam karier saya. Ia satu penghormatan untuk memakai lencana ini dan menjadi sebahagian daripada sejarah.


 



"Terima kasih Presiden Buriram untuk peluang ini. Terima kasih penyokong di atas sokongan dan laungan anda. Terima kasih buat semua rakan sepasukan, staf untuk pencapaian, persahabatan dan memori.

Ucapan istimewa dan terima kasih kepada isteri dan keluarga yang sentiasa ada di sisi saya. Cools out." katanya.

Advertisement

Must Watch Video