Pengurusan Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al Bajrai bersama Ketua Pegawai Operasi, Mohd Syahrizan bin Mohd Zain telah mengadakan sesi pertemuan bersama pihak pengurusan Persija Jakarta dari Indonesia yang diketuai oleh Presiden kelab, M. Prapanca dan Pengarah Sukan, Bambang Pamungkas di Jakarta, pada Selasa.
Pertemuan ini membincangkan pelbagai aspek pembangunan bola sepak serta potensi kolaborasi antara kedua-dua kelab, termasuk pembangunan bakat pemain muda, program pertukaran kepakaran kejurulatihan, penganjuran perlawanan persahabatan antarabangsa, serta peluang komersial yang dapat memberi manfaat bersama.
Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai menjelaskan kolaborasi ini perlu dilihat sebagai lembaran baharu dalam bola sepak tempatan di mana ianya melibatkan nilai
komersil kelab serta nilai persahabatan antara kedua-dua negara.
“Perjumpaan ini bukan sahaja membina jambatan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia yang mampu memberi impak besar kepada pembangunan bola sepak
serantau tetapi juga mampu menambah nilai komersial kelab.
Sementara itu, M.Prapanca gembira dengan pertemuan ini dan berharap satu kerjasama dapat dilaksanakan antara kedua-dua kelab secara segera pada masa akan datang.
“Kami sangat menghargai pertemuan ini. Ia bakal membuka ruang yang lebih luas untuk pertukaran pengalaman, memajukan bakat muda dan menyatukan komuniti bola sepak ASEAN di masa akan datang.
TFCSB percaya pertemuan ini akan menjadi landasan kukuh dalam memperluaskan jaringan antarabangsa kelab, selain mengukuhkan lagi hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia melalui sukan bola sepak.
Pihak pengurusan TFCSB amat berbesar hati dengan sambutan positif yang diberikan oleh Persija Jakarta dan yakin sinergi antara kedua-dua kelab mampu memberi nilai tambah bukan sahaja dalam aspek teknikal bola sepak, malah dari sudut pembangunan ekosistem bola sepak secara menyeluruh.