Terengganu tidak menurunkan barisan terkuatnya ketika menentang PKNP FC di Seri Manjung, semalam.
Hakikat itu diakui ketua jurulatih Skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim, ketika mengulas keputusan seri 2-2 itu.
Dalam perlawanan itu, Terengganu bangkit daripada ketinggalan dua kali melalui jaringan Kipre Tcheche dan Sanjar Shaakhmedov.
"Saya menurunkan empat pemain baru untuk perlawanan ini bagi merehatkan peman senior selepas terbabit dalam perlawanan sengit dengan Pahang dalam suku akhir pertama Piala FA, minggu lalu," kata Irfan.
Malah, pelawat juga memulakan perlawanan tanpa kapten, Lee Tuck, yang baru tiba dari Terengganu pagi semalam kerana isterinya baru bersalin.
Jurulatih itu berkata walaupun Terengganu berhasrat menebus kekalahan di tangan anak buah Abu Bakar Fadzim itu dalam pusingan pertama, namun dia memang menjangkakan laluan sukar buat anak buahnya.
"PKNP punyai penyerang tinggi lampai dan dia banyak memberi masalah kepada benteng kami.
"Saya bersyukur kami berjaya mengutip satu mata daripada perlawanan ini, " tambahnya.
Dengan keputusan semalam, Terengganu menduduki tangga ketujuh dengan mengutip 16 mata.