LIGA SUPER MSIA
Terengganu terpaksa kompromi satu mata tanpa bintang utama
Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, terpaksa berkompromi menikmati satu mata dari Stadium Bandaraya selepas terikat tanpa jaringan dengan Penang, malam tadi.
Ketiadaan sebilangan tonggak utama nyata memberi kesan kepada barisan kendalian, malah mujur gawang mereka yang dikawal Syed Muhammad Nasrulhaq bin Syed Bidin tidak dirobek dalam perlawanan kedua Liga Super.
"Penang mempunyai beberapa pemain yang boleh mengambil kesempatan dalam sepakan penjuru, bola pegun mahu pun hantaran tinggi.
Iklan
"Kami bernasib baik dalam beberapa situasi," katanya pasca perlawanan.
Dalam masa sama, dia turut terkilan dengan insiden jaringan Manuel Ott yang tidak diiktiraf pengadil.
"Tetapi saya agak terkejut selepas 30 minit permainan berlangsung, saya dimaklumkan oleh pemain mengenai VAR (video bantuan pengadil) tidak digunakan bagi memastikannya," tambahnya.
Sang Penyu kini mengumpul empat mata selepas dua perlawanan, lantas jurulatih kelahiran Croatia mahu merencana taktikal baru bagi menyesuaikan pasukan dengan ketiadaan pemain utama.
"Kami pamerkan permainan yang tidak menentu dalam beberapa situasi.
"Saya mempertaruhkan kreativiti daripada beberapa pemain, mampu menaikkan bersemangat dan lebih segera menggerakkan hantaran.
"Saya jangkakan rombakan, bukan sebab kami bermain buruk sebaliknya sesetengah pemain memang berhak diturunkan bertemu Kelantan Darul Naim yang bermain dan berjuang keras.
"Jadi kami perlukan kesegaran dan boleh tingkatkan permainan," katanya.
Must-Watch Video