TERENGGANU 3 PKNS FC 1
Penjaring terbanyak Terengganu FC (TFC), Sanjar Shaakhmedov, terbukti lebih berbisa daripada penjaring terbanyak Liga Super, Kpah Sherman, malam ini.
Tonggak Uzbekistan itu meledak dua gol untuk membantu TFC -- finalis 2018 -- memulakan Piala Malaysia dengan kemenangan 3-1 dalam aksi Kumpulan A di Kuala Terengganu.
Bermula dengan voli Kipre Tchetche 15 saat selepas sepak mula, TFC tidak menunggu lama untuk mendahului menerusi Shaakhmedov pada minit keenam.
Pemain berusia 29 tahun itu menyudahkan gerakan satu dua Tchetche dan Ahmad Syamim Yahya dari sebelah kiri untuk jaringan kesembilannya musim ini.
Jaringan itu disusuli percubaan kencang Rahmat Makasuf sebelum jaringan Tchetche pada minit ke-17 dibatalkan kerana ofsaid.
Kem tuan rumah kemudian dikejutkan gol penyamaan PKNS FC hasil sepakan leret Jafri Firdaus Chew yang menerima hantaran Sherman pada minit ke-30.
Bagaikan sebuah pasukan 'baru' yang lebih segar, TFC menggandakan serangan dan berjaya mendahului pada minit ke-37 melalui tandukan Nasrullah Haniff Johan.
Nafsu Sang Penyu semakin membuak-buak menyaksikan deretan peluang terhidang daripada Tchetche dan Muhd Shahrin Sapien di penghujung separuh masa.
Skuad Mohd Nafuzi Zain itu bermula selepas rehat seperti mereka memulakan babak pertama yang menyaksikan rembatan Shaakhmedov (m-47) menggegar palang gol.
Kemasukan tonggak PKNS FC, Gabriel Guerra, gagal menambah dimensi kepada jentera serangan Semut Merah, sebaliknya tuan rumah lebih menunjukkan keinginan menambah gol.
Hasrat Tchetche -- kapten TFC menggantikan Lee Tuck -- mencetak gol pada malam ini tidak kesampaian selepas dua kali dinafikan penjaga gol, Tauffiq Ar Rasyid Johar.
Sherman hanya memiliki peluang pada minit ke-87 apabila tandukan berpunca daripada hantaran Mahali Jasuli tersasar ke sebelah tepi.
Ketika tambahan masa empat minit menghampiri penghujung, Shaahkhmedov menjadikan kedudukan 3-1 selepas hantaran Nabil Ahmad Latpi jatuh di kakinya di depan pintu gol lawan.
Kredit foto: Liga Bolasepak Malaysia (MFL)
Keputusan lain:
JDT 3 UITM FC 3