Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu FC berhajat lebarkan rentak empat kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tomislav-steinbruckner.jpg
Terengganu FC (TFC) diingatkan supaya tidak mendabik dada selepas mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia setelah menyingkirkan cabaran Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) FC dengan agregat, 7-0 dalam perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia di Gong Badak, kelmarin. 

Malah, pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, menuntut pemain skuad Penyu untuk lebih berdisiplin menjelang perlawanan yang akan berdepan cabaran lebih sengit dalam fasa lapan terbaik.

“Ya, saya amat berpuas hati dengan corak permainan pasukan Terengganu, sekali gus menyaksikan kami menang dengan agregat besar 7-0 tanpa bolos.



“Malah, saya juga gembira apabila pemain tidak mengalami kecederaan yang serius bagi persediaan perlawanan seterusnya.

“Sejujurnya, kemenangan ini merupakan suatu yang positif kepada pemain dan pasukan untuk mengekalkan rentak kemenangan," katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Terengganu FC menewaskan Kuala Lumpur Rovers, 3-0.

Gol Terengganu dihasilkan Norhakim Hassan minit ke-32 dan m-89 dan Liridon Krasniqi (m-78).

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video