Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu buru kemenangan motivasi

terengganu-050517.jpg
Selain tiga mata yang menjadi buruan, Terengganu membawa misi tersendiri dalam aksi Liga Perdana bertemu Sabah di Stadium Likas, malam ini.

Menurut ketua pasukannya, Abdul Latiff Suhaimi, kemenangan ke atas skuad Sang Badak amat diperlukan untuk meningkatkan keyakinan menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala FA dengan Kedah pada 13 Mei nanti.

Ujarnya lagi, keputusan selain kemenangan akan menyulitkan hasrat Terengganu mengejar pendahulu liga, Negeri Sembilan, malah berdepan tugas lebih getir dengan Kedah.

“Kami tidak boleh pulang dengan tangan kosong.  Walaupun Terengganu menang 2-0 dalam pusingan pertama di gelanggang sendiri, kami tidak boleh memandang mudah cabaran Sabah.

“Mereka sudah pasti mahu membalas dendam kekalahan itu dan akan turun dengan semangat berbeza untuk turut mencari kemenangan," kata Abdul Latiff, 27.

Apa yang penting, katanya, pemain-pemain perlu fokus selama 90 minit perlawanan serta mengikut percaturan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, bagi mencuri tiga mata dari Likas. 

Sang Penyu kini di tangga kedua dengan 24 mata daripada 11 perlawanan, hanya tiga mata di belakang Negeri Sembilan manakala Sabah di tangga kesembilan dengan tujuh mata.
 

Advertisement

Must Watch Video