TERENGGANU FC 5 ULTIMATE FC 0
Aksi pemain terbaik perlawanan daripada Sanjar Shaakhmedov memastikan kemaraan Terengganu FC ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan Ultimate FC 5-0 di Kuala Terengganu, sebentar tadi.
Bintang kelahiran Uzbekistan itu menjadi duri dalam daging buat Ultimate FC -- pasukan Liga M3 -- yang gagal mengawal kelincahannya selain turut mencetak satu gol.
Bekas pemain kebangsaan, Ashari Samsudin, menjaringkan gol pembukaan seawal minit pertama dengan TFC beraksi tanpa Kipre Tchetche dan Lee Tuck yang direhatkan.
Deretan peluang kemudian gagal disudahkan TFC yang menyaksikan usaha Shaakhmedov (m-22) sekadar tinggi manakala sepakan leret Ashari (m-23) diselamatkan penjaga gol lawan.
Ultimate FC hampir mengejutkan TFC dua minit sebelum rehat, namun rembatan Mohd Fauzi Abdul Majid dari dalam kotak penalti dihalang Igor Zonjic.
Peluang terbaik TFC hadir pada minit ke-56, malangnya Mohd Shahrul Aizad lambat menyambar hantaran Ashari sebelum tindakan susulan Shaakhmedov tersasar.
Shaakhmedov kemudian melakukan hantaran yang ditanduk masuk Zonjic (m-73) dan bekas pemain Lokomotif Tashkent itu menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-78, juga menerusi tandukan.
Kedudukan menjadi 4-0 pada minit ke-85 apabila TFC diberikan sepakan penalti yang disudahkan Nasrullah Haniff Johan selepas Khairul Anwar Shahrudin dijatuhkan.
Pemain sayap, Mohd Khairul Izuan Rosli (m-90) melengkapkan kemenangan 5-0 dengan membuat tolakan mudah menewaskan penjaga gol, Afif Aizad Azman.
Kredit foto: Terengganu FC (TFC)
Keputusan lain:
KUCHING FA 0 FELDA 1
UKM 5 PROTAP 0
JERANTUT 3 JOHOR BAHRU 0
KELANTAN 0 SELANGOR 3
PDRM lwn SARAWAK (ditangguhkan)