TERENGGANU 2 PAHANG 1
Kelebihan beraksi di tempat sendiri dimanfaatkan Terengganu FC (TFC) untuk menewaskan Pahang 2-1 dalam suku akhir pertama Piala FA di Kuala Terengganu, sebentar tadi.
Pada awal permainan, kedudukan berubah ketika perlawanan baru berusia sembilan minit selepas tonggak TFC, Abdul Malik Mat Ariff, menyudahkan umpanan Lee Tuck.
Pemain kelahiran Kuantan itu melepasi perangkap ofsaid sebelum menggelecekkan Helmi Eliza Elias dan tenang menolak masuk gol pertama TFC.
Pintu gol TFC selepas itu hampir dirobek menerusi kesilapan penjaga golnya, Mohd Suffian Rahman, mujur usaha Herold Goulon (m-16) dinafikan di atas garisan gol.
Skuad Tok Gajah memperkemaskan rentak menerusi gerakan Mohamadou Sumareh dari sebelah kanan, namun percubaan Nor Azam Azih pada minit ke-23 sekadar melambung tinggi.
Kegagalan Goulon membaca hantaran Tuck kemudian dimanfaatkan Kipre Tchetche untuk menjadikan kedudukan 2-0 selepas menewaskan Helmi Eliza pada minit ke-27.
Jaringan kedua itu menaikkan semangat Sang Penyu untuk meneruskan asakan melalui sepakan percuma Tuck yang tepat ke penjaga gol lawan itu pada minit ke-35.
Langkah TFC dimatikan Pahang dalam babak kedua dengan Ze Love (m-57) mengurangkan defisit gol selepas menanduk kemas hantaran Matthew Davies.
Peluang terbaik Pahang untuk mengikat kedudukan hadir pada minit ke-63 menerusi percubaan Ze Love sebelum tindakan susulan Norshahrul Idlan Talaha tersasar ke sebelah tepi.
TFC hanya mampu melakukan serangan balas daripada Tchetche tetapi percubaannya dari dalam kotak penalti dihadang R. Dinesh pada minit ke-74.
Hasrat Pahang menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila percubaan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (m-83) melencong ke sebelah kiri pintu gol.
Pengadil, Zulkarnain Zakaria, meniupkan wisel penamat dengan kedudukan 2-1 kekal berpihak kepada TFC, sebaliknya Pahang seharusnya lega dengan bekalan satu gol di laman lawan.
Kedua-dua pasukan akan bertemu kembali dalam aksi timbal balik di Kuantan, 10 Mei ini.