Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu asah taring bertemu Felda United, Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trg2.jpg
Pasukan Liga Perdana, Terengganu, akan menguji barisan pemainnya dalam tiga perlawanan persahabatan sepanjang bulan ini.

Namun, menurut pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim, hanya dua perlawanan dapat disahkan setakat ini, iaitu bertemu Felda United (14 Jun) dan Pahang (17 Jun).

“Kami akan bertandang ke Jengka dan Kuantan selain masih menanti jawapan Kelantan untuk mengadakan perlawanan di sana pada 21 Jun.

“Jika gagal mencapai kata putus, mungkin kami akan bertemu T-Team,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, ketua jurulatih berpengalaman itu mengakui pasukannya perlu meneruskan tekanan kepada pendahulu liga, Negeri Sembilan.

Katanya, sebarang keciciran mata hanya akan merugikan dengan Terengganu turut dihimpit pasukan di belakang mereka.

“Bukan Negeri Sembilan yang kami risaukan, sebaliknya pasukan di bawah, iaitu Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), UiTM FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) II,” tambah Irfan lagi.

Advertisement

Must Watch Video