Skip to main content

Bola Sepak

Terbuka India: Perjalanan Aaron-Wooi Yik tamat di tangan beregu tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Hasrat untuk menyaksikan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka India BWF tidak kesampaian apabila tewas secara set langsung kepada beregu tuan rumah di New Delhi awal pagi tadi.

Berdepan lawan pilihan kedua, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shettty, gandingan negara itu bersaing hebat sepanjang set pertama tetapi selepas kedudukan terikat 17-17, mereka mula kehilangan rentak dan memberikan rentetan mata buat lawan sebelum tewas 18-21.

Aksi dalam set kedua juga menyuaksikan penguasaan awal beregu negara itu, di mana mereka tidak pernah ketinggalan menuju ke pertengahan aksi, namun sekali lagi, sebaik mendahului 13-10, mereka mula membenarkan lawan memperoleh mata berturut-turut sebelum tewas 14-21 selepas secara keseluruhan beraksi selama 45 minit.

Rankireddy-Shetty seterusnya akan bertemu beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, bagi penentuan gelaran hari ini.

 

Advertisement

Must Watch Video