JDT 1 TERENGGANU 1
Dua sepakan penalti meletakkan kedudukan buat Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC di kedudukan seimbang dalam tempoh 45 awal permainan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Tidak sampai lima minit usia permainan, pengadil perlawanan, S Logeswaran, menawarkan JDT untuk memecah kebuntuan perlawanan selepas mendapati Fernando Forestieri dijatuhkan sebelum disudahkan
Bergson da Silva pada minit ke-6.
Ivan Mamut -- yang berdepan kesukaran untuk menggempur pintu gol Harimau Selatan -- tidak mensia-siakan peluang terhidang pertama buat Sang Penyu menerusi sepakan penalti sebaik melepasi dan dikasari Jordi Amat.
Pemain Paling Bernilai (MVP), Arif Aiman Hanapi, pula mengharungi malam yang agak sunyi sepanjang 45 minit walaupun beberapa hantaran jauh membuka ruang buatnya.