Jurulatih Terengganu FC II, Tengku Hazman Raja Hassan, menyasarkan kedudukan tiga terbaik Liga Perdana walaupun dalam masa sama tidak berpuas hati dengan prestasi semasa anak buahnya di Stadium Cheras.
Prestasi semasa Terengganu FC II gagal memberi kelegaan buatnya walaupun kemenangan selesa memihak kepada mereka menerusi keputusan 4-2 ke atas UKM malam tadi.
Justeru, dia menggesa pemainnya segera bertindak agar tidak terus leka dengan keadaan semasa kerana mereka kini dalam misi baru untuk mencuri slot tiga terbaik Liga Perdana.
"UKM telah menampilkan permainan berkualiti, namun kami menggunakan sebaik mungkin setiap peluang yang terhidang tetapi terdapat ruang yang perlu diperbaiki sebelum perlawanan berikutnya," katanya.
Sementara itu, rasa kecewa terus membelenggu jurulatih UKM, Sulaiman Hussin, selepas anak buahnya terpaksa akur dengan kekalahan itu, sekali gus berputih mata di laman sendiri.
"Kesilapan selepas dibolosi jaringan oleh pasukan lawan telah menyukarkan UKM untuk melakar kejutan tetapi di sebalik kekalahan ini, UKM harus diberikan pujian kerana mempamerkan persembahan yang saya mahukan, tidak panik walaupun ketinggalan dalam permainan," katanya.