Erik ten Hag berkata Liga Perdana Inggeris akan merindui Harry Kane tetapi pengendali Manchester United itu tidak menyesal mengambil keputusan untuk mendapatkan Rasmus Hojlund berbanding bintang Bayern Munich itu.
Setelah menyelesaikan perjanjian untuk pemain tengah Mason Mount dan penjaga gol petualang Andre Onana, kelab gergasi Old Trafford itu menumpukan perhatian mereka untuk memenuhi keperluan ketara untuk jentera serangan.
Penyerang Tottenham, Kane telah lama dikagumi oleh United namun kelab itu sebaliknya memburu potensi dengan menandatangani bakat muda dari Atalanta, Hojlund.
“Pertama sekali kami telah memilih penyerang dan kami sangat gembira dengan pilihan kami,” kata Ten Hag mengenai pemain antarabangsa Denmark itu.
“(Kane) adalah penyerang yang hebat. Itu jelas, dia benar-benar pembuat gol dan selain itu dia mempunyai semua syarat dan kebolehan yang anda mahu lihat dalam penyerang.
“Ia sememangnya adalah satu kehilangan buat bLiga Perdana Inggeris.”
Ten Hag berkata dia akan terlepas cabaran berdepan Kane, yang Bayern difahamkan akan mengeluarkan GBP100 juta dengan yuran tambahan yang berpotensi mencecah GBP120 juta.
Ditanya sama ada United pernah menjadi calon serius untuk menandatangani kapten England itu, dia berkata, "Saya tidak fikir saya perlu pergi ke perbincangan itu atau memberi pendapat tentang itu.
“Kami profesional. Proses yang kami lakukan sangat berhati-hati, kami mengambil kira banyak perkara.
“Tetapi akhirnya kami membuat keputusan dan kami tidak mengambil keputusan dalam sekelip mata. Ada strategi di sebalik setiap keputusan dan kami gembira dengan skuad yang kami ada sekarang.”