Erik ten Hag memuji semangat dan ketabahan Manchester United selepas jaringan Bruno Fernandes ke atas Fulham pada masa kecederaan di Craven Cottage memberi sedikit ruang untuk barisannya bernafas.
Fernandes menemui penyudah di celah pertahanan lawan untuk bagi memulihkan semangat United yang direntap dengan kekalahan 0-3 berturut-turut di tangan Manchester City dan Newcastle.
Selepas itu, Ten Hag memuji usaha keras pemain-pemainnya untuk mencetak kemenangan 1-0 berikutan dua prestasi buruk di bawah kemampuan sebenar.
“Saya gembira dengan kemenangan.
"Saya gembira dengan semangat pasukan dan dengan cara kami mengasak,” kata pengurus itu.
“Kita pernah melihat jaringan sebegini ketika menentang Brentford dan sekali lagi dapat menyaksikannya.
“Ia adalah daya tahan yang baik. Mereka tahu apa standard yang perlu ditonjolkan. Ini adalah Manchester United. Anda perlu memenangi setiap perlawanan.
“Minggu ini kami tidak berpuas hati dengan tahap kami tetapi hari ini kami bertambah baik berdasarkan tahap prestasi.
“Setiap perlawanan kami perlu berjuang iaitu bermula dengan mentaliti dan sikap yang betul bagi menunjukkan bahawa anda lapar dengan semangat dan kemahuan.”