Skip to main content

Bola Sepak

Ten Hag puji positif Manchester United selepas tundukkan Fulham

ten-hag.jpg
FULHAM 1 MANCHESTER UNTED 2 

Erik ten Hag memuji perubahan budaya dan mentaliti di Manchester United selepas The Red Devils berjuang untuk kemenangan lewat Liga Perdana Inggeris (EPL) di Fulham, awal pagi tadi. 


Gol separuh masa kedua Dan James di Craven Cottage seperti akan menghantui bekas pasukannya itu ketika memadam gol pembukaan Christian Eriksen tetapi pemain gantian, Alejandro Garnacho, muncul wira pada minit ke-93 untuk memastikan kemenangan 2-1.

United perlu bertahan selepas jaringan Eriksen itu pada minit ke-14 dan menuntut David de Gea bertindak tangkas menafikan enam percubaan berbahaya. 

Ten Hag menyifatkan prestasi anak buahnya itu sebagai ciri transformasi dalam barisannya dalam menyerlahkan sikap bersatu hati dalam kalangan pemain dan penyokong dalam usaha mereka membina semula reputasi. 




Pengurus dari Belanda itu memberitahu Sky Sports: "Kami mempunyai asasnya, kami menuju ke arah yang tepat. Budaya telah berubah. Mentaliti telah berubah. Ia bagus.

“Kami telah meningkatkan asas bola sepak kami tetapi pelantar pertamanya adalah mempunyai mentaliti yang lebih baik.

"Bersama peminat. Kami bersatu. Kami mempunyai kebersamaan. 

"Di dalam bilik persalinan pula, kakitangan, pengarah, seluruh kelab dan peminat mempunyai kebersamaan dan kami mempunyai perkembangan (yang sihat)."

   

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found