MANCHESTER UNITED 3 CRYSTAL PALACE 1
Erik ten Hag mula melihat peningkatan Manchester United ketika menekan barisan lawan selepas kemenangan persahabatan 3-1 ke atas Crystal Palace, semalam, tetapi menegaskan masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan menjelang musim baru.
The Red Devils mengekalkan kemenangan 100 peratus sepanjang jelajah pra-musim di Asia Tenggara dan Australia yang menyaksikan momemtum itu dikekalkan menerusi jaringan Anthony Martial -- tiga gol dalam tiga perlawanan -- Marcus Rashford dan Jadon Sancho sebelum pemain muda, Will Fish, dikenakan kad merah.
Begitupun, di sebalik rentak kemenangan yang dicipta, pengurus kelahiran Belanda itu tetap percaya masih banyak ruang yang perlu diperbaiki untuk United kembali digeruni.
"Ia satu tuntutan terhadap pasukan. Kami tekan, kami tekan sepanjang hari.
"Jika boleh, kami melakukannya di kawasan lawan. Jika tidak, kami melakukannya di blok bawah tetapi kami perlu melakukannya bersama-sama sebagai sebuah pasukan. Ketika menekan, saya masih melihat perubahan yang kami lakukan. Andai tidak mampu, kita patut sediakan tekanan yang lebih baik.
"Saya fikir kawalan bola kami juga boleh diperbaiki. Kami bermain dengan baik dan anda dapat lihat ketika mendahului 2-0 atau 3-0, kepercayaan pemain semakin meningkat maka dengan penguasaan bola, kami boleh bertangguh supaya lawan datang. keluar dan kemudian mempercepatkan permainan."
Spekulasi ,asa depan Ronaldo di kelab itu juga masih berlegar selepas dia dilaporkan meminta untuk pergi menyertai kelab Liga Juara-Juara (UCL), Ten Hag menuntut kerja keras yang lebih hebat daripada semua penyerangnya.
“Saya harap kami dapat meyakinkan mereka (penyerang) untuk melakukan banyak kerja, banyak berlari,” tambahnya.
“Anda lihat, mereka mengerah kudrat ke atas pertahanan dan mereka mendapat ganjarannya dengan menjaringkan gol, memenangi bola tinggi di atas padang.
"Tiada lawan yang suka diasak di barisan pertahanan. Saya fikir ia satu kelebihan besar apabila anda boleh melakukannya, tetapi anda memerlukan seluruh pasukan."

Heating up ???#MUFC || #MUTOUR22 pic.twitter.com/oqhwheuSng
— Manchester United (@ManUtd) July 19, 2022