Jurulatih Ajax, Erik ten Hag, meminta pasukannya untuk mempamerkan kematangan menjangkaui usia mereka ketika berdepan Tottenham dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Spurs akan menerima kunjungan Ajax dalam aksi pertama awal pagi esok dan aksi timbal balik dijadualkan di Amsterdam 8 Mei ini.
Skuad bimbingan Ten Hag -- yang memulakan saingan Julai lalu daripada pusingan kelayakan kedua -- sudah mengatasi Real Madrid dan Juventus di peringkat kalah mati serta seri dua kali dengan Bayern Munich di peringkat kumpulan.
Walaupun purata umur kesebelasan utama Ajax dalam saingan UCL musim ini adalah 24 tahun dan 257 hari, Ten Hag menegaskan kekurangan pengalaman tidak boleh digunakan sebagai alasan.
"Mereka sudah matang, terutama sekali sejak beberapa tahun lalu berdasarkan perlawanan yang telah mereka tempuhi dalam skuad Belanda dan peringkat Eropah," kata Ten Hag.
"Kami telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan ini.
"Kami mahu beraksi dengan penuh keyakinan dan perlu memberikan tumpuan sepanjang perlawanan.
"Kehadiran Daley Blind dan Dusan Tadic adalah penting buat pasukan kerana mereka memiliki pengalaman berdepan skuad Liga Perdana Inggeris (EPL)."